Assalamualaikum…Hai..nama saya Hafiz Razak atau boleh panggil Hafiz, seorang Blogger berasal dari Pulau Pinang.
Saya seorang yang mempunyai minat dalam dunia perniagaan di internet & design.
Ketika ini, saya sedang aktif menulis di blog.
Secara ringkas, blog ini merupakan blog yang membahaskan topik mengenai dunia perniagaan di internet, tips2 motivasi & serba sedikit perkongsian ilmu berkaitan dengan design.
Saya masih baru lagi dalam dunia penulisan di blog, namun itu bukan penghalang untuk saya SHARE informasi berkaitan topik seperti yang saya sebutkan di atas..
..terutama buat mereka yang ingin belajar.
Buat masa sekarang, blog ini menyediakan konten berkaitan topik perniagaan,motivasi & design.
Insyaallah untuk masa akan datang, saya akan berusaha yang terbaik bagi menyediakan konten yang lebih berkualiti dan bermanfaat untuk anda.
Setakat ini saja perkongsian serba sedikit tentang saya.
Jika anda ada persoalan berkaitan dengan perniagaan di internet & design, boleh berhubung dengan saya di ruang Contact yang disediakan.
Insyaallah saya akan segera membalas mesej anda, Terima Kasih.