Di antara produk & perkhidmatan, mana satu yang sesuai untuk dijadikan perniagaan internet pertama anda?
Pada anda yang masih baru nak berjinak2 dalam perniagaan sama ada secara online atau offline, ada tak perasaan :
- Nak jalankan 2 atau 3 pernigaan sekali serentak supaya cepat KAYA.
- Ada idea perniagaan yang banyak & merancang nak lakukan semua.
- Tengok ramai artis2 berjaya dalam bisnes terasa nak ceburi juga.
Mungkin betul dan mungkin tidak jika saya katakan senarai di atas ini ada pada anda semasa awal2 nak mulakan perniagaan..
..namun pokok pangkalnya anda mesti nak cari jalan untuk BEBAS KEWANGAN.
Siapa tak nak miliki kehidupan :
- Memiliki sumber kewangan yang stabil.
- Dapat hantar mak & ayah pergi umrah dan haji.
- Berikan pendidikan sempurna untuk anak2.
Namun perlu di ingatkan jika anda tak jelas apa model perniagaan yang anda nak jalankan, agak sukar untuk anda capai apa yang di impikan seperti di atas.
Berbalik pada topik asal kita di antara produk atau perkhidmatan, mana satu pilihan anda?
Di sini saya nak kongsikan kelebihan & kekurangan di antara kedua2nya semoga anda boleh buat pilihan yang tepat dan sesuai dengan anda :
A. PERNIAGAAN BERBENTUK PRODUK
Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, secara ringkas perniagaan berbentuk produk terbahagi kepada 2 iaitu :
- Produk Fizikal – Buku,Kasut,Tudung.
- Produk Digital – Webinar,Ebook,Video Tutorial,Buku Audio.
Model ini jika anda jadikan sebagai pilihan mempunyai “kelebihannya”.
Antaranya ialah anda boleh automasikan perniagaan anda.
Sebelum itu, anda tahu apa yang dimaksudkan dengan AUTOMASI ?
Automasi ialah sistem yang anda setkan yang bertindak untuk follow up sama ada pada prospek atau pelanggan anda.
Sebagai contoh jika ada pelawat berminat untuk mendapatkan maklumat tentang produk anda, sistem ini akan bertindak sebagai PEKERJA anda bagi menyampaikan maklumat tersebut.
Sistem automasi ini anda boleh kemaskini bila2 masa sahaja.
Dengan sistem ini,tak perlulah sentiasa mengadap laptop atau komputer anda sepanjang masa bagi melayani pelawat anda.
Ini kerana sistem ini berjalan secara “automatik”.
Dengan kata lain anda lebih bebas dari terikat dengan sistem bekerja normal 9-5 setiap hari.
Sekarang saya nak jelaskan pula dari sudut “kekurangan” bagi model perniagaan ini.
Salah satu kekurangannya ialah anda tak dapat menjual suatu produk pada kadar keuntungan yang tinggi.
Maksudnya?
Sebagai contoh , perniagaan internet pertama anda bercadang nak menjual sebuah ebook mengenai mengurangkan berat badan..
..kadar harga pada sebuah ebook selalunya dijual pada harga tak melebihi RM 100.
Mengapa?
Ini kerana pasaran ebook agak sukar dijual pada harga yang tinggi.
Dan jika anda menjual pada harga “sendiri” tanpa mengikuti perkembangan harga pasaran, silap2 tak ada siapa pun akan membeli dan anda akan mengalami kerugian.
B. PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN
Seperti model perniagaan produk, model ini turut juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Salah satu kelebihannya ialah anda boleh mengenakan cas yang tinggi mengikut jam atau pakej perkhidmatan anda.
Contoh di sini jika anda berkemahiran dalam grafik design, selesai sahaja design tersebut anda sudah boleh tuntut bayaran perkhidmatan anda.
Katakan jika anda mengenakan cas pada kadar RM 350 untuk satu perkhidmatan anda, dalam masa sehari anda mampu menjana RM 1400 dari 4 pelanggan.
“RM 1400 ini bukan sebulan tapi SEHARI!”
Itu antara kelebihannya di sini.
Sekarang saya terangkan dari sudut “kekurangannya”pula.
Jika anda mampu menyiapkan sebagai contoh grafik design untuk pelanggan anda hasil memang lumayan..
..namun jika sehari anda dapat tempahan yang banyak contoh 10 atau 20 tempahan, bagaimana anda nak lakukan?
Sedangkan kemampuan anda maksimum sehari hanya 4 pelanggan sahaja.
Kekurangannya di sini adalah “MASA”.
Anda tak mampu nak penuhi kesemua permintaan pelanggan anda.
Jika satu design anda memakan masa 2 jam untuk disiapkan, 4 tempahan sahaja sudah memakan masa anda 8 jam sehari.
Namun,berapa banyak tempahan dan masa di ambil untuk di siapkan bergantung pada kemahiran,kemampuan dan pengalaman anda.
RUMUSAN
Di antara produk dan perkhidmatan yang mana menjadi pilihan untuk perniagaan internet pertama terletak pada anda.
Ini kerana setiap darinya ada kelebihan dan kekurangannya.
Cuma janganlah anda lakukan sesuatu atas ikutan orang.
Mungkin orang yang anda kenal dia pakar dalam membuat produk tapi tak semestinya anda perlu ikut caranya.
Lakukan apa yang anda “pakar” dan minat selebihnya berserah pada-NYA.
HAFIZ
P/S : Anda nak tak belajar mulakan perniagaan secara part-time yang PROVEN RESULT? KLIK DI SINI.