
Mengapa anda perlu menjalankan perniagaan di internet sekarang?
Dikala sekarang kita berada di era informasi,segala maklumat hanya dihujung jari anda sahaja,tidak kira golongan tua mahupun muda semuanya menggunakan internet sebagai alat untuk berhubung.
Ia bagaikan sebuah kolam yang penuh dengan ikan-ikan dan jika anda seorang usahawan pula anda bagaikan seorang pemancing yang nak dapatkan tangkapan hasil dari kolam tersebut.
Untuk pengetahuan anda memulakan perniagaan di internet ini tidak sesukar yang anda bayangkan.
Selain itu jika anda sekarang ini masih belajar atau bekerja mahupun suri rumah tidak menjadi penghalang untuk anda mulakan perniagaan.
Ini antara sebab-sebab yang perlu anda tahu :
- LEBIH BANYAK “MASA”.
Masa adalah satu yang sangat berharga buat kita kerana tidak dapat diganti bila berlalu pergi.Jika anda yang bekerja 8-5 pasti anda tahu kan macam mana stressnya nak mengadap kesesakan jalan raya waktu pergi dan balik dari kerja.
Bila pulang ke rumah pasti anda sudah rasa keletihan dan mahu kan masa untuk berehat dan masa terluang untuk anak-anak pun berkurangan.
Namun jika anda mula menjalankan perniagaan secara online anda mampu mengatur masa anda dengan lebih efektif serta mampu peroleh ‘extra’ masa untuk keluarga,rakan-rakan dan lakukan aktiviti yang anda gemari.
Selain itu anda tidak perlu juga mengadap komputer sepanjang masa bagi pastikan perniagaan anda berjalan.Ini kerana dengan adanya sistem yang canggih sekarang ini anda boleh automasikan perniagaan anda. Best kan!
2. BEBAS BEKERJA DI MANA-MANA SAJA.
Best tak jika anda dapat bekerja tapi sedang menikmati percutian bersama ahli keluarga anda?
Memang itu lah sering di impikan oleh semua orang jika boleh tapi jika anda terikat dengan bekerja 8-5 itu bagaikan suatu yang mustahil.
Bagi yang sudah menjalakan perniagaan di internet nikmat ini sudah menjadi perkara biasa bagi mereka kerana itu yang sering mereka lakukan.
Ini kerana alat atau gadget yang diperlukan untuk usahawan bekerja hanyalah laptop dan internet sahaja,lokasi atau tempat untuk mereka jalankan perniagaan boleh saja di lakukan mana-mana “serata dunia” selagi ada sambung internet. Menarik kan!
3. MAMPU MENGAWAL PENDAPATAN SENDIRI.
Pernah tak terjadi di mana anda nak lakukan kerja lebih masa tapi pihak majikan anda tidak benarkan? Dan jika nak lakukan pun terpaksa ikut jadual mingguan yang mereka tetapkan?
Mungkin perkara ini terjadi pada anda ataupun pada kenalan terdekat anda tapi hakikatnya memang berlaku.Ini kerana pihak majikan tersebut mahu mengawal kos operasi syarikat bagi mengelakkan kerugian.
Pendapatan yang anda peroleh pun jelas bukan dalam kawalan anda kerana anda bekerja dengan sebuah syarikat dan mereka yang tentukan berapa pendapatan bulanan yang akan anda peroleh.
Berbanding dengan usahawan pula anda boleh letakkan ‘sasaran’ atau ‘matlamat’ berapa pendapatan yang mahu anda peroleh sama ada secara bulanan, mingguan atau harian.Ini kerana anda yang “mengawal” pendapatan anda sendiri bukan orang lain.
4. PERNIAGAAN BERJALAN 24 JAM.
Jika anda perhatikan seperti pasar raya atau kedai runcit berdekatan dengan rumah anda,pasti anda perasan di mana perniagaan mereka ada waktu operasi dari jam sekian waktu.
Melainkan kedai francais 24 jam yang bermodal besar bolehlah beroperasi tanpa mengira waktu.
Berbanding pula bagi perniagaan di internet, waktu operasi perniagaan yang mereka berjalan 24 jam 7 hari seminggu. Ini bermakna dikala anda sedang tidur sekali pun perniagaan ini mampu beroperasi.
Bunyi macam pelik tapi memang itulah aktiviti yang selalu para usahawan ini buat. Apa yang di lakukan pada awal adalah dengan setkan satu sistem operasi,di mana sistem ini disemak dengan teliti sebelum ‘kedai dibuka’ agar sistem ini berfungsi sebagai “pekerja”anda.
Persoalan yang sering ditanya “adakah perlu saya pantau ‘pekerja’ saya selalu?”
Jawapan nya tidak,namun tidak menjadi masalah untuk anda memantau perjalanan perniagaan anda sesuai dengan masa lapang anda,sama ada melalui laptop atau handphone anda. Dari semasa ke semasa anda boleh update sistem ini jika ada info atau produk terbaru. Unik kan!
5. BOLEH PERKENALKAN KEPAKARAN ANDA.
Adakah anda pakar atau berpengalaman dalam suatu bidang?
Ini salah satu kebaikan apabila anda menjalakan perniagaan secara online iaitu anda boleh tonjolkan kepakaran anda. Selalunya sesuatu bidang yang anda pakar adalah berdasarkan minat yang mendalam.
Minat adalah kunci suatu perniagaan itu berjaya,ini kerana dunia keusahawanan ini sangat lasak,sukar dan hampir kebanyakkan usahawan gagal pada tahun pertama.
Jika anda berniaga tapi minat anda pada perniagaan itu kurang pasti akan menjadi sukar nanti apabila ditimpa masalah dan motivasi anda akan menurun.
Berbanding jika anda lakukan sesuatu yang anda minat,sukar bagaimana pun anda pasti lakukan juga tidak kira berapa kali anda gagal sekali pun motivasi anda tidak luntur.
Itulah antara resepi kejayaan seorang usahawan.
Namun perlu diingatkan anda perlu pastikan perniagaan yang anda mahu jalankan berdasarkan minat anda itu ada permintaan di pasaran.
Ringkasan disini ialah anda boleh berjaya dalam perniagaan di internet berbekalkan ilmu dan guru yang betul, namun segala-galanya bermula dengan anda!
All the best!
Hafiz Razak
P/S : Anda berminat nak belajar mulakan perniagaan yang PROVEN RESULT? Klik DISINI