Sekarang ini ramai orang jalankan perniagaan di internet tidak kira usia tua mahupun muda.

Tambahan pula di era sekarang ini boleh di katakan hampir ke semuanya boleh dilakukan secara online dengan handphone atau tablet saja sama ada perbankan,pembayaran bil, pembelian barangan rumah dan lain-lain.

Orang ramai kebanyakannya hampir keseluruhan waktu mereka tertumpu di alam maya.

Bagi seorang usahawan mereka pasti nampak ini sebagai “PELUANG” yang mesti di rebut.

Jika anda ikuti artikel saya yang lepas, ini sambungan panduan buat anda yang serius untuk jalankan perniagaan tapi masih kurang yakin.

Di sini saya senaraikan 3 tips yang anda perlu ada :-

1. MEMBINA LAMAN WEB.

Ramai usahawan tempatan masih belum ada laman web kerana anggap ianya tidak penting. Tanggapan ini salah dan perlu diperbetulkan.

Ia sangat penting buat usahawan kerana ia bagaikan sebuah “KEDAI MAYA”anda. Jika nak dibandingkan dengan usahawan offline dimana anda perlu sewa premis pada kadar sewa bulanan mencecah Ribuan ringgit dengan keluasan tapak yang terhad, sewa tapak secara online jauh lebih murah dengan kadar sewa tapak dalam ratusan ringgit sahaja setahun dan anda boleh tambah keluasan tapak “kedai” anda  dengan mudah.

Dengannya ada laman web boleh pasarkan perniagaan anda bukan sekadar pada pasaran setempat sahaja, tetapi satu Malaysia malah satu Dunia.

Adanya laman web turut mampu membina hubungan yang baik diantara anda dan pelanggan anda dan juga kepercayaan pelanggan pada perniagaan anda.

2. MENJENAMAKAN DIRI

Jika anda mahu digelar pakar dalam menyediakan perkhidmatan ataupun produk,wajib bagi anda untuk menjenamakan diri anda.

Ini kerana ia memudahkan anda mengembangkan perniagaan di internet.

Apabila jenama anda sudah dikenali secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk mempromosi produk atau perkhidmatan.

Penjenamaan diri memudahkan anda mendapatkan pelanggan yang tepat.

3. MEMBINA KOMUNITI

Kekuatan bagi suatu perniagaan terletak pada komuniti pelanggan dan bakal pelanggan yang anda bina di media sosial.

Dengan membina komuniti ini memudahkan perniagaan anda berkembang dan melahirkan pelanggan setia.

Selain itu juga apabila perniagaan anda menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik, komuniti yang anda bina secara tidak langsung akan mempromosikan perniagaan anda dari mulut ke mulut dan anda mampu menjimatkan kos pemasaran.

 RUMUSAN

Memulakan perniagaan internet pada awalnya memang agak leceh kerana banyak kerja yang anda perlu lakukan sendiri.

Namun dari sini lah anda akan belajar selok belok dunia perniagaan online yang akan buatkan anda menjadi seorang usahawan yang sebenar dan berjaya.

HAFIZ RAZAK

P/S: Nak belajar mulakan perniagaan tanpa ganggu kerja hakiki anda? Klik DISINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published.