Nak memulakan perniagaan internet tapi tak tahu macam mana?
Ini yang sering berlaku pada saya dan mungkin juga anda pun turut sama mengalami situasi yang sama di mana anda berminat nak ceburkan diri dalam suatu “karier” baru tapi buntu macam mana nak mula.
Di tambahkan pula sekarang ini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) akibat dari wabak Covid-19 ketika saya menulis sekarang ini, yang mana memberi bukan sedikit tapi PELUANG BESAR buat usahawan yang menjalankan perniagaan di internet.
Ini kerana permintaan secara di atas talian meningkat secara mendadak mana taknya semua orang beli guna handphone dan laptop saja, tak perlu lagi nak ke shopping mall bagi mengurangkan kesan penyebaran wabak ini.
Persoalan nya macam mana nak mulakan?
Jika anda mahukan jawapan, anda sudah berapa pada tempat yang betul.
Di sini saya senaraikan 3 tips yang perlu anda lakukan sebagai langkah awal untuk anda jadikan panduan.
1. CARI PASARAN TUMPU YANG BOLEH ANDA JADI “RAJA”
Jika sekarang anda rasa hanya dengan idea menarik boleh jadikan perniagaan anda berjaya anda silap. Ini kerana idea saja tidak cukup bagus jika permintaan kurang atau lebih menyedihkan tiada permintaan langsung.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat sedikit research atau penyelidikan menggunakan Google untuk mengetahui apakah jenis permintaan yang tinggi di pasaran sekarang tapi kurang persaingan.
Selepas anda selesai buat research dan tahu permintaan apa yang menjadi carian orang ramai anda cuba tanya diri anda apakah value yang nak anda nak sediakan? Adakah produk atau perkhidmatan? Apa keunikan anda berbanding pesaing anda? Bagaimana nak buat pelanggan ingat perniagaan anda?
2. HASILKAN LOGO PERNIAGAAN ANDA
Tak kira perniagaan online mahupun offline logo perniagaan sangat penting.Ini kerana ia mewakili anda dalam memperkenalkan perniagaan anda dimata orang ramai.Selain itu, menghasilkan logo yang tersendiri dan unik mampu membantu anda bersaing dikala persaingan di pasaran internet sengit sekarang ini.
Tapi macam mana nak hasilkan logo perniagaan yang professional jika anda tak tahu melakukannya? Tidak mahal ke jika upah orang?
Memang tidak dinafikan ini antara masalah yang sering terjadi buat usahawan baru bila memulakan perniagaan. Ini kerana dalam menghasilkan logo perniagaan professional kos tersebut mungkin agak mahal jika anda mengupah syarikat design.
Tapi itu tidak bermakna semua itu mustahil.
Anda boleh saja upah designer logo anda di my.freelancer.com dengan harga berpatutan.
3. GUNA GAMBAR YANG MENARIK
Selepas anda sudah memiliki logo perniagaan, anda juga perlukan visual atau gambar yang unik untuk menarik pandangan orang.
Gambar produk atau perkhidmatan yang jelas mampu memberi kesan psikologi dan menjadi ‘magnet’ pada pandangan mata pelanggan. Anda boleh letakkan gambar ini di platform seperti Facebook,Instagram,Twitter dan laman web anda.
Jika anda fikir: ‘Mesti makan kos kan bila nak hasilkan gambar yang terbaik’.
Jika anda ada extra bajet boleh saja anda upah photographer professional tapi jika anda kurang modal pun tiada masalah.
Gunakan saja handphone anda kerana sekarang ini banyak aplikasi yang canggih yang boleh buatkan gambar anda kelihatan professional dan menarik.
Perlu diingatkan resepi kejayaan perniagaan online anda bukan hanya pada produk atau perkhidmatan anda saja tapi ‘PENAMPILAN AWAL’ anda pada mata pelanggan.
RUMUSAN
Memulakan perniagaan internet pertama anda pasti yang paling sukar dan penuh risiko.
Namun jika anda ikut langkah demi langkah yang betul dan teratur dari awal, anda mampu capai impian untuk miliki kehidupan yang bebas dan berbangga dengan masa depan yang anda bina.
HAFIZ RAZAK