Menjana pendapatan sampingan di internet memang menjadi igauan buat semua terutama para pelajar yang menyambung pengajian di IPT.
Saya pasti jika anda sekarang sedang menyambung pengajian pasti perkara ini bermain di fikiran anda :
- Duit pinjaman pengajian ini sekadar cukup2 sahaja.
- Nak minta duit poket extra dekat mak & ayah segan pula tak nak susahkan mereka.
- Kalau nak ada duit lebih kena buat kerja part-time.
Sudah menjadi lumrah seorang pelajar bila anda sudah mula berjauhan dengan keluarga..
.. perkara yang bermain di fikiran adalah “DUIT”.
Masa mula2 anda dapat surat tawaran sambung belajar dahulu siapa yang tak gembirakan.
Ibu bapa anda antara orang yang bangga bila anda dapat sambung belajar.
Setuju tak kalau saya katakan bila anda dapat surat tawaran, perkara pertama anda akan tengok dahulu..
Dapat IPTA atau IPTS?
Kerana setiap kemasukan adalah berbeza dari segi yuran pengajian.
Di tambah pula kalau jauh dari tempat tinggal anda..
..pasti anda akan fikirkan kos perjalanan juga.
“ Saya pun pernah lalui saat seperti ini dahulu.”
Dahulu mungkin agak sukar memikirkan macam mana anda nak ada extra duit poket.
Ya lah..kalau anda ada masa lapang mungkin boleh buat part-time di kedai 24 jam atau kedai makan atau pasaraya.
Kalau sebaliknya?
Masa anda padat dengan kelas dan tugasan?
Jika pusat pengajian tak benarkan pelajar untuk buat kerja part-time?
Mesti pening jika hujung bulan duit poket dah nak kering..kan!
Namun syukur Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi dan zaman, sekarang ini sudah tak menjadi masalah untuk menjana pendapatan sampingan..
..hanya berbekalkan gadget anda + internet sahaja!
Di sini saya senaraikan cara yang sering dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan di internet:
1.AFFILIATE MARKETING
Anda tahu apa itu affiliate marketing?
Dalam bahasa mudah ialah “menjual barang orang lain”.
Konsepnya sama seperti seorang jurujual di sebuah syarikat yang menjual sesuatu produk dan mendapat komisyen hasil dari jualan tersebut.
Namun dalam konteks affiliate, anda hanya perlu mempromosikan link produk di pasaran internet..
..tidak kira produk tersebut dalam bentuk fizikal ataupun digital.
Affiliate marketing adalah antara salah satu cara yang terbaik untuk anda yang baru nak berjinak2 dalam perniagaan di internet.
Untuk langkah pertama, anda perlu daftar dahulu di salah satu laman web yang menyediakan program affiliate, anda tak perlu risau kerana kos pendaftaran rendah malah ada yang percuma.
Selepas selesai proses pendaftaran, anda akan peroleh link untuk anda promosikan dan boleh mula promosi link affiliate tersebut di internet.
Untuk pengetahuan anda, kadar pembayaran komisyen bergantung pada pemilik produk selalunya kalau syarikat besar peratus komisyen dalam 5%-20%.
Namun anda tak perlu bimbang kerana ramai usahawan2 di luar sana ada menyediakan program affiliate yang membayar kadar komisyen yang tinggi mencecah 30%-50% hasil jualan.
Sebagai peringatan, anda perlu disiplin dan konsisten dalam memasarkan program affiliate yang anda sertai.
Ini kerana hasil yang anda peroleh bergantung pada prestasi anda dalam membuat jualan di internet.
2.MENJUAL PRODUK DI EBAY
Anda biasa dengar platform e-commerce eBay?
Ebay merupakan sebuah laman web e-commerce di mana anda boleh menjual barangan tempatan di pasaran antarabangsa.
Ia adalah salah satu cara yang klasik namun masih power dalam menjana pendapatan.
Macam mana nak menjual di eBay?
Apa yang perlu anda lakukan adalah beli produk sebagai contoh pakaian di kedai bundle berdekatan,kemudian senaraikan dalam eBay dengan harga yang tinggi..
..bergantung pada pasaran barangan tersebut.
Jika barangan anda terjual,anda boleh melabur semula hasil perolehan untuk dapatkan lebih banyak supply dan terus jana lebih banyak hasil.
Namun untuk berjaya menjana pendapatan buat jangka masa panjang, anda perlu tahu serba sedikit teknik dan strategi agar anda boleh terus konsisten peroleh pendapatan di eBay.
Untuk maklumat lebih lanjut,boleh dapatkan info di sini.
3.MENGHASILKAN EBOOK
Anda pakar dalam suatu kemahiran?
Apa kata anda tukarkan kepakaran anda itu kepada manfaat yang menjana pendapatan dengan menghasilkan sebuah ebook.
Sebelum itu, anda tahu apa itu ebook?
Ia merupakan sebuah buku namun dalam bentuk digital.
Apa yang menarik tentang ebook berbanding buku fizikal ialah anda boleh peroleh keuntungan hasil jualan 100% berbanding dengan buku fizikal yang anda lihat di kedai2 buku.
Bagi anda yang bukan jenis menulis mungkin ini agak sukar untuk di lakukan, namun kemahiran ini boleh dipelajari.
Sebagai contoh jika anda pandai menjahit, anda boleh tukarkan kemahiran tersebut dalam bentuk ebook mengenai tutorial asas belajar menjahit.
Harga sebuah ebook yang anda hasilkan terletak pada anda kerana anda yang menentukan “nilai” ilmu yang anda sampaikan.
KESIMPULAN
Menjana pendapatan sampingan di internet memang sudah lama ramai orang praktikkan dan kini giliran anda untuk turut sama lakukan.
Ia sebenarnya tak sesukar yang anda sangkakan..
..namun memerlukan disiplin dan ketekunan dalam mendapatkan hasilnya.
Apa yang penting adalah anda TAKE ACTION segera!
HAFIZ
P/S : Nak tak belajar cara buat side-income walaupun tengah belajar?
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.